Saturday, April 3, 2010

Elyana, Miera berebut cinta dalam Kamelia Katrina

Elyana, Miera berebut cinta dalam Kamelia Katrina


Astro dengan bangganya mempertaruhkan drama terbaru berjudul Kamelia Katrina yang bakal menemui para penonton bermula malam ini, setiap hari Khamis, jam 9.05 malam menerusi Astro Ria (Saluran 104).

Drama menarik 26 episod arahan Samby Dinesh dan Jamiludin Jabar ini turut menggabungkan barisan pelakon popular baru dan lama seperti Elyana yang membawa watak Katrina, Miera Leyana sebagai Kamelia, Nabil Mentor sebagai Ari, Syed Ali sebagai Azhar, Ain Mohd Satar sebagai Yaya, Norman Hakim sebagai Jehan, Shaharudin Thamby sebagai Kahar, Liza Shadan sebagai Puan MaRiam, Zarina Zainuddin sebagai Linda dan Fetty Dzul sebagai Nek Mun.

Kamelia Katrina mengisahkan pertelagahan di antara dua orang adik beradik jelita yang mempunyai personaliti berbeza. Katrina ialah seorang kakak yang sombong, pemarah dan pendengki. Manakala Kamelia pula ialah seorang adik yang lembut, pemurah dan baik hati. Kamelia dan Katrina telah kehilangan ibu sejak kecil dan mereka dibesarkan oleh nenek mereka, Nek Mun.

Perasan benci Nek Mun terhadap menantunya pula terbawa-bawa hingga kini kerana wajah Kamelia mirip wajah menantunya. Kerana itu, Kamelia sering dilayan dengan buruk sekali. Segala kasih sayangnya dicurahkan kepada cucu kesayangannya, Katrina.

Konflik menjadi-jadi apabila Katrina ingin mencuri hati Ari yang telah diberikan kepada Kamelia. Motif Katrina hanyalah untuk mewarisi segala hartanya. Tidak ada apa yang akan menghalang Katrina daripada memiliki hati Ari walaupun dengan membunuh!

Apakah yang bakal berlaku seterusnya? Berjayakah Katrina memiliki hati Ari? Adakah Kamelia terus dibenci keluarganya? Saksikan drama hebat penuh konflik ini yang akan bersiaran menerusi Astro Ria (saluran 104) pada setiap Khamis bermula 5 November jam 9.05 malam.

No comments:

Post a Comment